petikan dari Utusan Meloya - 12 Jun 2008
PUTRAJAYA 11 Jun – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan gaji pegawai dan kakitangan kerajaan akan dibayar dalam dua ansuran sebulan mulai Ogos ini.
Perdana Menteri berkata, langkah itu diambil bagi membantu kakitangan awam menguruskan perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah ekoran kesan kenaikan harga bahan api.
‘‘Separuh pertama gaji akan dibayar pada pertengahan bulan setiap bulan manakala separuh kedua akan dibayar pada hujung bulan.
‘‘Potongan-potongan seperti cukai pendapatan, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya akan dilakukan pada hujung bulan,’’ kata Abdullah pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.

Nampak gaya sesiapa yang nak bayar hutang bank macam kereta dan rumah atau apa saja yang berkait dengan hutang bank nampak gayanya bayar jela separuh dulu. Bulan depan separuh, bulan depan lagi separuh, sampai kereta kena tarik, rumah kena? kena halau ke?
Dah takde kerja lain ke si badwi tu nak buat? selain dari terus menyusah dan menyusah dan menyusahkan ra’yat? dan menyusahkan rakyat? dan menyusahkan rakyat? dan menyusahkan rakyat? dan menyusahkan rakyat?
Popularity: 68% [?]


