Keputusan Perlawanan Kelantan lawan Selangor

1 Jun 2008, Selangor akhirnya berjaya ditundukkan oleh Sang Kijang dalam perlawanan bola sepak Piala Malaysia sehari sebelum semalam yakni kemaren dulu la. Kekalahan memalukan pasukan Selangor dibelasah sebanyak 5 bijik gol di Stadium Sultan Muhammad IV itu menyaksikan kekalahan terbesar yang dialami oleh pasukan Merah-Kuning dalam sejarah bola sepak diantara pasukan masing-masing.

kellwnsel03Pasukan negeri Kelantan dilihat sangat kuat dan begitu bersemangat pada malam perlawanan dimana asakan bertubi-tubi ke kubu lawan tampak memeritkan pemain pertahanan Selangor menyebabkan satu-persatu jaring gol dibolosi. Stopa yang sangat digeruni pihak lawan dan disukai dikalangan penyokong pasukan Kijang seperti melepaskan geram yang amat setelah tidak dapat beraksi semasa perlawan diantara pasukan Terengganu yang menyaksikan Kelantan 2 Terengganu 1.

Rekod cemerlang yang dipersembahkan oleh pasukan negeri selama ini menyaksikan tempat duduk stadium dipenuhi penonton sehingga ada yang terpaksa duk cokoh atah ruput bawoh. (ore kelate jah bulih pehe).

Cuaca yang baik di sepanjang perlawanan akhirnya bertukar pada akhir-akhir perlawanan. Sebilangan kecil penyokong kedua-dua pasukan dilihat mula berganjak keluar namun sebilangan besarnya tetap setia menunggu sehingga bunyi wisel penamat ditiupkan. Penantian satu penyiksaan. Namun, kali ini nampaknya penantian bukan satu penyiksaan buat penyokong pasukan negeri dimana gol terakhir perlawanan disaat-saat wisel hampir dibunyikan, disaat-saat hujan mulai turun dengan agak lebat menyemarakkan sorakan memenuhi seluruh stadium. Gol ke-5 buat pasukan Kelantan. Tahniah diatas kehebatan yang ditunjukkan. Meme gol comey lote. haha. olek-olek-olek-olek, sumat gol, sumat gol~

Beberapa keping gambar buat tatapan dekat bawah. Oh ya, lupa. Selangor menyaksikan hanya berpeluang membawa balik 2 gol pada malam tersebut.

Popularity: 83% [?]

Share/Save/Bookmark